BERJUANG, BERSATU, BERKORBAN.
Thursday, May 20, 2010
SEJARAH GAYA
GAYA adalah singkatan daripada Gabungan Alumni Yayasan Khairiah. Gaya telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2004 oleh sahabat-sahabat alumni dari Al-Azhar Mesir dan beberapa Unversiti tempatan.
Tujuan penubuhan GAYA ialah untuk menyatukan Alumni-alumni Yayasan Khairiah dibawah satu matlamat dan bergerak di dalam satu organisasi.GAYA bermatlamat membuka peluang dan ruang kepada bekas pelajar untuk memberi sumbangan kepada sekolah dari beberapa sudut. Diantaranya ialah sumbangan dari sudut tenaga bagi melancarkan program-program pelajar dan memantapkan kepimpinan sekolah berlandaskan Islam seiring dengan matlamat sekolah. Disamping itu GAYA juga mengalu-alukan sumbangan dana bagi membantu pembangunan sekolah.
Presiden pertama GAYA ialah Yang Berbahagia Ustaz Khairul Ashraf Bin Haji Abdul Rahman. Beliau merupakan orang pertama yang menggerakkan GAYA dan membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti pelajar. Beliau jugak banyak menganjurkan hari keluarga bagi mengeratkan bekas pelajar dengan pihak sekolah dan waris para pelajar. Sepanjang penglibatan beliau sebagai Presiden GAYA beliau begitu aktif dan menunjukkan komitmen yang cemerlang. Sekarang beliau berkhidmat sebagai Penolong Kanan SMA Yayasan Khairiah.